Make your own free website on Tripod.com
images/okteria_dot_com1x1.gif
images/okteria_dot_com2x1.gif
images/okteria_dot_com3x1.gif
RAKANIAGA GESB
images/okteria_dot_com3x3.gif
images/okteria_dot_com4x1.gif

www.gamat-emas.com.kg

images/menu1x1.jpg
images/menu2x1.jpg images/menu2x3.jpg

Alahan Kulit

Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit(ruam)/eczema, hidung(resdung)/allergic rhinitis, mata(gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak(gatal tekak)/allergic pharyngitis. Faktor penyebab berkemungkinan faktor dalaman seperti perubahan suhu dan makanan(protein terutamanya dari makanan laut dan bahan kimia spt bahan perasa, pengawet dan pewarna tiruan). Atau faktor luaran seperti asap, habuk, sabun dll. Faktor di atas perlulah dielakkan. Gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti antihistamina yang boleh mengurangkan gatal. Di samping itu ia boleh mengurangkan radang dan masalah hypersensitiviti. Pada kulit, di samping kaya dengan kollagen, gamat membantu melegakan ruam dan mencepatkan penumbuhan tisu kulit yang baru.

Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari o Bioseed 1 sachet 2 kali sehari o Krim eMas disapu pada ruam kulit o Buih mandian eMas untuk cucian badan/mandian Angin Akhmar/Stroke Penyakit ini merupakan penyakit yang dapat melumpuhkan separuh badan (hemiplegia/hemiparesis). Ia sering disebabkan oleh penyumbatan salurdarah di otak disebabkan proses artherosclerosis(pengumpulan lemak dan bahan asing yang menyumbat salurdarah) atau embolus(darah beku). Ia juga boleh disebabkan oleh pendarahan dalam otak (cerebral hemorrhage) yang kerap disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi. Pesakit stroke perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Ubat dan rawatan fisioterapi jangan ditinggalkan. Galakkan pergerakan pada bahagian yang lumpuh. Urutan juga dapat membantu. Gamat memberi kesan vasodilatasi iaitu mengembangkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah. Di samping nutrien dan vitamin, gamat membantu meningkatkan metabolisma badan yang dapat membantu memulihkan tenaga dan memberi selera kepada pesakit. Ia turut membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan menurut hipotesis ia mempunyai kesan 'nerve growth factor' iaitu membantu memulihkan penumbuhan tisu saraf yang rosak. Ia juga mempunyai kesan mencairkan darah untuk mengelakkan darah beku yang boleh menyumbatkan salurdarah. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari o Bioseed 1 paket 2 kali sehari o Biobrain 1 paket 2 kali sehari o Minyak linimen eMas boleh digunakan pada bahagian yang sengal o Krim urut eMas digunakan untuk melakukan urutan pada bahagian yang lumpuh o Krim eMas boleh disapu kepada bahagian tubuh yang merah disebabkan oleh tekanan spt di punggung dan belakang badan. o Losyen eMas boleh membantu supaya kulit tidak kekeringan dan mudah pecah. Asthma / Lelah Lelah merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang mengakibatkan proses bronkokonstriksi(saluran pernafasan / paru-paru mengecut) dan proses inflammasi menyebabkan seseorang itu mengalami sesak nafas, nafas berbunyi, batuk terutama waktu malam dan awal pagi yang bertubi-tubi dan kahak yang sukar dikeluarkan. Faktor rangsangan perlulah dielakkan seperti emosi yang terganggu, senaman yang berlebihan, jangkitan demam selsema, ubat-ubatan spt aspirin dan juga allergens spt habuk, bauan yang tengit, asap, ais/makanan sejuk, buahan spt tembikai dll. Gamat membantu melegakan lelah dengan mengurangkan tindakbalas hipersensitiviti dan mengurangkan radang atau inflammasi. Kahak akan lebih mudah dikeluarkan. Kajian turut menunjukkan gamat dapat meredakan lelah pada kanak-kanak ataupun bronchiolitis. Gatal tekak juga dapat diatasi. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari (boleh dikurangkan ke satu paket sehari) o Krim urut eMas diurut pada bahagian dada dan leher. Buasir Buasir atau hemorrhoids merupakan keluhan mereka yang kerap sembelit. Lain-lain faktor yang boleh menyebabkan buasir ialah keadaan meneran(mereka yang sering mengangkat berat dan menjerit), pekerjaan yang duduk lama di atas kerusi keras(pemandu lori, pemacu kuda), mengandung dll. Buasir adalah sebenarnya kusyen tisu jaringan salurdarah yang mengembang di bahagian dubur. Tanda buasir dalaman ialah selepas membuang najis, ia diikuti dengan titisan darah merah sementara tanda buasir luaran ialah bengkak di bahagian dubur yang kadangkalanya menyakitkan. Pesakit buasir hendaklah mengelakkan dari sembelit(minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan makan banyak serat spt sayuran dan buahan). Makanan yang pedas dan berempah juga eloklah dielakkan. Perbuatan yang menjurus kepada meneran hendaklah dihindarkan. Pemeriksaan doktor hendaklah dilakukan untuk memastikan tiada sebab lain seperti tumor pelvik, lemah jantung ataupun portal hipertensi yang menjadi punca buasir. Gamat boleh membantu melancar pengaliran darah di jaringan hemorrhoid tersebut. Ia turut membantu menghindari radang dan mempercepatkan penyembuhan luka. Kesan antinosiseptif oleh gamat boleh mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa pada buasir luaran. Kesan lawas juga boleh mengelakkan sembelit. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket pagi dan petang(perlu minum air banyak) o Gel eMas disapukan pada buasir luaran. Batuk Berpanjangan Batuk yang sukar untuk hilang, jika tiada demam, boleh dikategorikan dalam kes batuk hipersensitif (lihat asthma). Batuk ini kerap berlaku waktu malam dan awal subuh disertai dengan pengeluaran kahak yang banyak. Kerongkong akan kerap merasa gatal dan perit. Jika disertai demam, elokklah menjalani pemeriksaan doktor dan X-ray. Dinasihatkan juga untuk minum air suam yang banyak. Ais, makanan sejuk dan buahan dielakkan sementara. Perbuatan merokok juga mesti dihentikan. Kesan alahan disebabkan pekerjaan contohnya cikgu yang sentiasa terhidu habuk kapur tulis, pekerja konkrit yang terdedah kepada habuk simen juga mesti diberi perhatian. Gamat membantu melegakan rasa gatal dan radang pada tekak dan saluran pernafasan. Ia juga boleh membantu keadaan alahan dan lelah. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed juga dapat membantu. Bengkak & Bisul Bengkak tisu boleh disebabkan oleh kesan gigitan serangga, kesan trauma seperti terseliuh dll. Sementara bisul pula disebabkan oleh jangkitan kuman. Gamat mempunyai kesan anti inflammasi yang boleh mengurang radang bengkak tersebut. Sementara kesan anti histamina turut melegakan kesan gigitan serangga. Kesan anti nosiseptif boleh meredakan sakit. Gamat juga diketahui memiliki sedikit kesan antibiotik yang boleh membantu menyembuhkan bisul. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari o Gel gamat eMas disapukan ke kawasan yang bengkak. o Krim eMas juga boleh disapukan, terutamanya jika kulit kering. o Linimen digunakan kebahagian yang terseliuh / sakit sendi dan urat. o Krim urut eMas juga boleh diurutkan ke otot yang bengkak / sakit. Bedah dan Luka Individu menjalani pembedahan di atas beberapa sebab spt. appendicitis, berkhatan, kecederaan selepas kemalangan jalanraya dll. Gamat berkesan membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Ia turut menolong menghentikan pendarahan. Di samping itu ia dapat mengurangkan sakit dan radang pada kesan pembedahan. Gamat juga dapat melawaskan pergerakan najis terutamanya kepada yang menjalani pembedahan perut/abdomen yang sering akan sukar ke tandas. Gamat tinggi dengan kandungan kollagen dan dapat melembutkan parut supaya parut pembedahan tidak begitu ketara. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari (optional) o Gel eMas disapu ke kesan luka yang masih basah o Krim eMas disapu ke parut baru yang kering o Buih mandian eMas juga boleh digunakan untuk mencuci luka Bersalin Selepas bersalin, mengamalkan gamat banyak faedahnya. Gamat membantu menyembuhkan luka, mengurangkan sakit dan radang, menghentikan pendarahan, mengecutkan rahim dan memberi tenaga dan zat pemakanan kepada ibu yang melahirkan. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari o Bioseed 1 paket 2 kali sehari (melawas dan melangsingkan badan) o Gel eMas disapu pada tempat yang luka o Losyen eMas dipakai pada kulit badan yang kering o Krim eMas disapu pada perut untuk menghilangkan kesan kedut selepas bersalin o Krim urut eMas boleh digunakan untuk mengurut Berkhatan Gamat berfaedah bagi kanak-kanak lelaki yang berkhatan. Ia membantu menyembuhkan luka, mengurangkan sakit dan menghentikan pendarahan. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari (mula amalkan sebelum berkhatan.) o Gel eMas disapukan pada luka berkhatan. Batu Karang (Buah Pinggang) Batu karang di buah pinggang kerap berlaku ke atas pesakit gout, kekurangan vitamin A, mereka yang sering mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing, masalah metabolik spt cystinuria(faktor kekeluargaan), obtruksi pada saluran kencing dll. Tandanya ialah sakit(yang teramat) pada bahagian tepi pinggang (samada kiri atau kanan) yang akan terasa di perut pada bahagian yang sama dan turun ke arah kawasan ari-ari. Ini disertai dengan perasaan kerap ingin membuang air kecil,air kencing berdarah dan rasa hendak buang air besar tapi tidak mengeluarkan najis. Keadaan ini perlulah mendapat nasihat dan pemeriksaan doktor. Dinasihatkan juga untuk mengamalkan meminum air yang cukup iaitu 8 gelas sehari. Gamat boleh mengurangkan sakit, meredakan inflammasi dan melawaskan air kencing. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin (vit. A) 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket sehari untuk menjaga kesihatan. Batu Karang (Hempedu) Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu kerap terjadi kepada wanita yang gemuk dan berumur lebih dari 40 tahun. Faktor diabetes, masalah thyroid (hypothyroidism), jangkitan parasit juga memainkan peranan. Tanda nya ialah sakit pada bahagian kanan perut bersebelahan dengan ulu hati disertai dengan rasa kembong, loya dan muntah. Perut jika ditekan akan berasa amat sakit di bahagian yang tersebut dan kadangkala sakit akan terasa juga di bahagian kanan bahu. Tanda ini selalu berlaku beberapa jam selepas memakan makanan yang berlemak. Anda dinasihat mendapat rawatan doktor kerana jika ianya dibiarkan, dapat menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas, disertai dengan demam kuning. Pembedahan membuang pundi hempedu adalah disyorkan untuk mengelakkan komplikasi di atas. Gamat dapat membantu mengurangkan sakit dan radang. Ia juga membantu menyembuhkan luka selepas pembedahan. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari o Bioseed 1 paket 2 kali sehari. o Gel eMas disapu pada luka pembedahan. o Bronchiolitis / Lelah Kanak-kanak Lelah kanak-kanak sering datang dalam bentuk batuk yang berpanjangan, terutamanya waktu malam, batuk yang bertubi-tubi dan selalunya selepas batuk akan memuntahkan lendir, batuk yang berkahak, wheezing (bunyi ketika bernafas) dan bersekali dengan selsema. Kanak-kanak ini sebenarnya menghidapi masalah hipersensitiviti pada paru-parunya dan selalunya simptom ini akan berkurangan dan hilang apabila akil baligh. Jika berterusan maka kanak-kanak ini akan menghidapi asthma sehingga dewasa. Bayi yang mempunyai keturunan yang menghidapi asthma, bayi yang kurang bulan, bayi yang berat badannya kurang dari 2.8kg ketika dilahirkan dan bayi yang pernah menghidapi penyakit bronchopneumonia (radang paru-paru) mempunyai kadar yang tinggi untuk menghidapi bronchiolitis. Mereka mudah dijangkiti batuk selsema. Ubat batuk biasa tidak berkesan melainkan ubat yang mengandungi unsur bronchodilatasi (ubat untuk lelah) dapat meredakan batuk tersebut. Batuk ini akan lebih hebat dan mungkin menyebabkan sesak nafas jika mereka terdedah kepada jangkitan kuman (upper respiratory tract infection), terlalu lasak pada siangnya, allergen seperti ais, minuman sejuk dan buahan spt tembikai, rambutan dll. Kanak-kanak ini dinasihatkan untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan dari doktor sepenuhnya terutama jika sesak nafas (tandanya ialah kadar pernafasan yang laju dan bahagian pangkal tulang dada yang tenggelam ketika menarik nafas). Gamat berupaya membantu dengan mengurangkan tindakbalas alahan dan radang pada saluran pernafasan. Ia melegakan dan setengah kes dapat menyembuhkan dari menghidapi lelah. * Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu kecil / besar (bergantung pada saiz) 2 kali sehari. - Krim urut disapu perlahan di bahagian dada ke tekak. Campak & Cacar Demam campak dan cacar air(chicken pox) sering mengakibatkan masalah gatal pada kulit. Sementara parut yang ditinggalkan oleh cacar air kadangkala mengaibkan. Gamat membantu menhilangkan rasa gatal dan radang pada kulit. Ia juga membantu melembutkan dan mengurangkan kesan ketara pada parut cacar air. * Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Losyen eMas dilumurkan ke bahagian yang merah. o Krim atau gel eMas disapu pada kesan cacar air. o Buih mandian eMas boleh digunakan untuk mandian. Darah Tinggi Penyakit darah tinggi atau hipertensi mempunyai banyak sebab. Antara yang utama disebabkan oleh salurdarah yang tersumbat. Ia boleh menjurus kepada masalah buah pinggang, jantung, stroke(angin akhmar), rabun penglihatan dll. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor. Ubat darah tinggi janganlah ditinggalkan kecuali dengan nasihat doktor. Anda turut digalakkan untuk mengelakkan makanan yang masin dan berlemak. Lakukan senaman secukupnya dan berhenti merokok. Gamat memilikki kesan vasodilatasi atau mengembangkan salurdarah. Ini memberi kesan positif kepada pesakit hipertensi yang serasi. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin satu sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari. Darah Rendah Masalah tekanan darah rendah atau hipotensi sering terjadi kepada wanita di bawah umur 30 an. Gamat tidak digalakkan untuk merawat masalah ini kerana ia boleh menurunkan tekanan darah. Walaubagaimanapun jika ingin dicuba, bolehlah gunakan Bioseed di mana penjagaan sistem penghadaman yang sihat boleh menjurus kepada kesihatan badan yang lebih seimbang. Anda juga digalakkan untuk memakan makanan segar (buahan dan sayuran) dan mengamalkan senaman secukupnya. * Disyorkan - Bioseed 1 paket sehari (berhenti jika terasa pening-pening dan pitam) Darah Gemuruh / Debar Gamat di dapati mempunyai daya penenang (anxiolytic) dan di dalam kes tertentu boleh mengurang debaran jantung. Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu kecil 2 kali sehari o Bioseed 1 paket sehari Gemuk Gemuk atau obesiti boleh memberi pelbagai kesan, terutamanya dari segi ketampilan diri dan juga penyakit contohnya darah tinggi, kencing manis, jantung, masalah sendi/athritis, sukar mendapat anak, batu karang hempedu dll. Penjagaan pemakanan dan senaman memainkan peranan penting untuk menguruskan badan. Gamat meningkatkan metabolisme badan dan dapat membakar lemak. Plantago ovata pula boleh mengurangkan kolesterol dalam darah di samping membuang lemak di dalam usus (tanpa menyebabkan cirit-birit). * Disyorkan - Bioseed 1 paket 3 kali sehari. Diambil 1 paket pagi setengah jam sebelum makan pagi. Amalkan buahan atau serat(spt cornflakes atau oats) sebagai sarapan. Minum 2 gelas air kosong. 1 paket lagi setengah jam sebelum makan tengahari. Amalkan memakan sayuran dan ikan sebagai makan tengahari (jika lapar). Sering anda akan terasa kekenyangan selepas memakan Bioseed. Elakkan dari memakan karbohidrat dan lemak. Lakukan senaman pada waktu petang sekurang-kurangnya 30 minit sehari. 1 paket terakhir diambil setengah jam sebelum makan malam. Amalkan diet spt makan tengahhari tadi. Minum air secukupnya (sekurang-kurang 8 gelas sehari). Elakkan dari sebarang minuman manis, berperisa atau bertin. Lebihkan serat dan elakkan dari makanan berlemak (telur, minyak, santan, daging terutamanya kambing, kuih muih/kek/cokelat dan aiskrim). Gastrik Gastrik atau lebih tepat gastritis merupakan erosi pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah pedih ulu hati, terasa cepat lapar, kembung, pendek nafas, pening, loya dan letih tak bermaya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan stress, berhenti merokok, pantang makanan pedas, masam, berempah dan minuman yang mengandungi kafein spt kopi, nescafe dan coke/minuman bergas. Jika tidak dijaga gastritis akan bertukar menjadi ulser perut iaitu luka pada lapisan dalam perut. Tandanya ialah sakit yang lebih ketara dan najis bertukar menjadi hitam atau (disebabkan oleh pendarahan). Ini memerlukan rawatan segera dari doktor bedah untuk dilakukan scope(OGDS) dan kemungkinan memerlukan pembedahan. Anda dinasihatkan mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor. Gamat boleh membantu mengurangkan sakit dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dengan melitupi lapisan erosi pada dinding gaster. Bioseed juga berfungsi sedemikian dan turut menjaga kesihatan sistem penghadaman secara am. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari sebelum makan. Gusi / Gigi Bengkak gusi dan sakit gigi kadangkala amat menyakitkan. Penjagaan kesihatan oral seperti memberus gigi selepas makan, menggunakan dental floss untuk membersih celah gigi dan mengamalkan kumuran antiseptik amatlah digalakkan. Pemeriksaan oleh doktor gigi setiap 6 bulan boleh mengelakkan masalah gusi atau gigi yang lebih serius. Gamat boleh meredakan sakit, bengkak dan radang. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Gel eMas disapu ke tempat yang sakit ( ia sesuai untuk budak kecil kerana tiada rasa pedas yang menggangu mereka) o Untuk masalah ulser mulut, turut disarankan penggunaan gel tersebut. Gout Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus(bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka. Anda di nasihatkan menjaga pemakanan. Elakkan makanan laut, organ dalaman, daging merah, sayuran spt kekacang dan kobis, ikan spt ikan sardin dan bilis dan juga tapai. Minum air sekurangnya 8 gelas sehari utk mengelakkan masalah batu karang. Gamat mempunyai kesan penahan sakit dan lawan radang yang berupaya untuk melegakan keadaan gout. Ia meningkatkan pengaliran darah di buah pinggang dan membantu mengeluarkan asid urik dan melawaskan. Harus diingatkan kadangkala berlaku kesan tindakbalas yang menyebabkan sakit sendi tapi selalunya hanya bertahan selama 2 atau 3 hari sahaja. Teruskan dan janganlah berhenti. * Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari o Bioseed 1 paket 2 kali sehari (gunakan sekurang-kurang 1 bulan) o Minyak linimen disembur pada sendi yang bengkak tadi. o Krim urut boleh juga disapu tapi jangan diurut. Hati Hati merupakan organ kumuh yang penting. Sakit hati mungkin disebabkan oleh jangkitan (hepatitis), alkohol, kanser dll. Masalah sakit hati kronik spt liver cirrhosis, adalah sukar kerana simptom yang wujud selalunya pada peringkat kerosakan secara keseluruhan pada hati dan adalah agak terlewat untuk rawatan sempurna. Oleh itu pentingnya fungsi pencegahan pada peringkat awal. Pemeriksaan yang sempurna oleh doktor adalah diperlukan. Gamat mempunyai khasiat nutrisi yang membantu kearah kesihatan di samping kesan-kesan yang membantu masalah dalaman seseorang. * Disyorkan - Bioseed 1 paket 2 kali sehari o Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. Haid Kitaran haid yang tidak tetap terlalu banyak puncanya, antaranya infeksi, ketidak seimbangan hormon, ketumbuhan spt fibroid dan polyps, emosi/stress dll. Pemeriksaan oleh doktor sakit puan adalah diperlukan. Gamat dikatakan boleh membantu masalah kitaran haid yang tidak lengkap. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari. Jantung Sakit jantung sering disebabkan oleh salurdarah jantung tersumbat oleh proses artherosclerosis. Ini menyebabkan bekalan oksigen tidak sampai ke otot jantung dan menyebabkan otot tersebut tidak berfungsi lagi. Ini seterusnya akan menyebabkan keadaan lemah jantung. Tanda serangan sakit jantung ialah sakit yang sangat di bahagian kiri dada. Sakit seolah-olah mencengkam ini boleh juga terasa di bahagian ulu hati ke tekak dan juga di lengan kiri. Sakit ini menyerang ketika seseorang itu sedang melakukan sesuatu yang lasak dan akan berkurangan apabila berehat. Sementara sakit lemah jantung pula membuatkan seseorang itu tak bermaya,menghidapi paru-paru berair, perlu tidur dengan menggunakan bantal yang tinggi dan bengkak kaki. Anda dinasihat mendapat pemeriksaan yang lengkap dan rawatan berulang dengan doktor. Cuba elakkan pergerakan fizikal yang berlebihan, stress, merokok, pemakanan yang kaya dengan garam dan lemak. Sementara penyakit yang seiring spt darah tinggi, kencing manis dan gout perlulah dijaga sebaik mungkin. Gamat membantu dari segi melebarkan salurdarah (kesan vasodilatasi). Ia juga mempunyai kesan positif terhadap pergerakan otot jantung. Dengan meningkatkan metabolisme ia akan mengurangkan masalah kolesterol yang tinggi dalam darah dan mengelakkan sumbatan salurdarah dari menjadi lebih teruk. Bioseed juga dapat merendahkan kolesterol dengan berkesan. * Disyorkan - Bioseed 1 paket 2 kali sehari. o Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. Jantung Berlubang Jantung berlubang merupakan sejenis penyakit kongenital (dilahirkan). Antara tanda yang jelas ialah pucat (bibir dan lidah yang biru) apabila melakukan sesuatu seperti minum susu dan menangis. Tanda lain ialah sesak nafas, bengkak hati, kurang selera makan dan urat darah timbul di bahagian tengkok. Penyakit jantung kongenital berlaku sebanyak 8 dari 1000 kandungan. Jenis yang utama ialah VSD, ASD, Patent ductus dan Fallots Tetralogy. Pesakit jantung berlubang perlu mendapat rawatan pakar, terutamanya jika pesakit menunjukkan tanda lemah dan kegagalan jantung pada peringkat awalnya (spt di atas). Penyakit VSD (ventricular septal defect) ialah yang paling kerap berlaku (25%) di mana terdapat lubang di antara lubang bilik jantung kiri dan kanan. Kadangkala lubang tersebut akan tertutup dengan sendirinya apabila meningkat umur. Pesakit perlu dirujuk ke pakar jantung jika menunjukkan masalah kekurangan oksigen. Pesakit yang tidak serius atau tidak menunjukkan simtom yang jelas akan di follow up sehinggalah berusia 8 tahun di mana jika keadaan jantung berlubangnya masih kekal, maka ianya akan dirujuk ke IJN untuk kemungkinan menjalankan pembedahan Gamat mengandungi faktor menumbuhkan sel yang dapat membantu merawat masalah jantung yang berlubang terutamanya bagi kes VSD dan yang serasi. *Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. Bagi kanak kanak yang berumur setahun ke bawah, perlu berhati. Gunakan jika benar-benar diperlukan memandangkan faktor alahan yang mungkin tinggi bagi golongan tersebut - Bioseed juga boleh digabungkan jika umur melebihi setahun. Gunakan 1 paket 2 kali sehari Jerawat & Jeragat Jerawat merupakan keluhan utama kaum remaja. Ia lebih disebabkan oleh keaktifan hormon yang menyebabkan pengeluaran minyak sebum yang berlebihan. Ini membuatkan liang atau pori kulit tersumbat dan dijangkiti kuman. Kaum remaja perlulah menjaga kebersihan kulit muka dengan betul dan kadangkala memerlukan rawatan antibiotik untuk kes yang teruk. Jeragat pula merupakan tompok hitam pada muka disebabkan oleh kesan cahaya matahari. Gamat berupaya membantu dengan kesan anti-inflammasinya untuk menyurutkan bengkak dan menghilangkan radang kulit pada jerawat. Ia turut membantu mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baharu. Kandungan kollagen yang tinggi juga memberikan kesan awet muda dengan menganjalkan kulit. Bagi jeragat pula, gamat membantu memperbaharui kulit muka yang bertompok tadi seperti sediakala. Kandungan vitamin A, E dan antioksidans membantu ke arah kulit muka yang cantik dan sihat. Penggunaan UV block membantu dari masalah jeragat tadi berulang semula. * Disyorkan - Pencuci muka eMas digunakan sekurang-kurangnya sekali sehari. o Krim eMas disapukan ke muka dan parut kering o Gel eMas disapukan ke bahagian jerawat untuk mencepatkan pemulihan. Digunakan malam sebagai penegang kulit muka. o Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari untuk kesihatan dalaman. o Bioseed 1 paket sehari utk membersihkan badan dan membuang toksik Kayap Kayap atau shingles merupakan penyakit disebabkan oleh sejenis virus Herpes Zoster. Ia menyerang mereka yang mempunyai immuniti badan yang rendah spt baru sembuh dari penyakit/pembedahan, kencing manis, golongan berusia, pesakit AIDS dll. Ia akan membentuk gelembung merah pada badan yang tertumpu ke bahagian badan tertentu mengikut pembahagian saraf yang terasa pijar dan sakit. Apabila ia sembuh selalunya akan meninggalkan parut. Gamat dapat melawan radang dan sakit disebabkan oleh kayap tadi. Di samping itu, ia juga boleh mengelakkan kesan parut. Kajian awal turut menunjukkan keberkesanan gamat untuk melawan virus. * Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Gel eMas disapukan ke bahagian kayap yang basah tadi. o Krim eMas disapukan kebahagian yang sudah mula sembuh. o Bioseed boleh digunakan 1 paket sehari. Keguguran Rambut / Botak Punca keguguran rambut sering di kaitkan dengan kesihatan kulit kepala. Tetapi ada juga keadaan keguguran rambut yang bersangkutan dengan faktor hormon (alopecia androgenata) dan masalah autoimmun (alopecia areata). Mengelakkan faktor yang mengurangkan pengaliran darah ke kulit kepala seperti merokok dan stress / memikir terlalu banyak dapat mencegah keguguran rambut. Berusan dan mengurut kulit kepala turut dapat membantu. Kelemumur dan penjagaan rambut yang tidak sihat(didedahkan kepada bahan kimia spt hairdye, terdedah kepada haba yang tinggi spt penggunaan hairdryer terlalu kerap, memerapkankan rambut yang basah spt memakai tudung ketika rambut belum kering dan pangkal rambut yang kotor dari kesan peluh dan mendakan debu kotoran yang kemudiannya tidak dibasuh sempurna) juga dapat menyebabkan keguguran rambut. Bagi mereka(selalunya lelaki) yang mempunyai faktor genetik dan pengaruh hormon androgen adalah sukar untuk mengelakkan keguguran rambut. Gamat mempunyai kesan meningkatkan pengaliran darah. Ia juga dapat membantu meredakan masalah ekzema pada kulit kepala. Kesan penumbuhan sel turut memainkan peranan untuk penjagaan rambut. *Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. - Rambut di cuci setiap hari menggunakan shampu eMas. - Losyen dan krim eMas boleh diurutkan ke bahagian yang botak pada sebelah malam. Esoknya perlulah dicuci bersih. Kelemumur Kelemumur di kepala boleh disebabkan oleh jangkitan fungus atau tindakbalas seborrheic dermatitis bagi sesetengah individu. Cucian rambut yang sempurna setiap hari dapat membantu. Gamat mempunyai kesan antifungal dan dapat meredakan masalah hipersensitiviti disebabkan oleh dermatitis. *Disyorkan - Cucian rambut setiap hari menggunakan syampu eMas atau buih mandian eMas. - Losyen eMas boleh dilumur pada kulit kepala dan dibiarkan semalaman. Dicuci keesokkan harinya. Kejang Otot Cramp atau kejang otot kerap berlaku diwaktu malam terutamanya selepas senaman yang mendadak (tanpa warming up). Kadangkala ia merupakan tanda-tanda penyakit contohnya kekurangan zat galian (kekurangan sodium), otot yang kurang bekalan oksigen (muscle ischemia), penyakit otot dan saraf (myopathy, motorneuron disease). Ianya juga boleh berlaku ketika mengandung dan badan kehilangan air (dehydrasi). Pemeriksaan doktor diperlukan untuk mengetahui punca krem tersebut. Ekstrak gamat yang diformulasikan mempunyai kandungan zat mineral yang boleh memulihkan keadaan ketidakseimbangan elektrolit dalam darah. Disamping itu ia bertindak mengurangkan inflammasi otot dan mencegah kesakitan disebabkan oleh kejang otot. Gamat mempunyai kesan vasodilatasi yang melancarkan pengaliran darah dan oksigen ke otot. *Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. - Bioseed juga boleh diamalkan sekurang-kurangnya 1 paket sehari. - Linimen eMas disembur pada otot yang kejang dan sakit. - Krim urut eMas diurutkan pada otot yang berkenaan. Kembung Kembung dan angin kadangkala wujud apabila sistem penghadaman mempunyai masalah spt radang perut, ketidak seimbangan kuman baik/jahat dalam usus, sembelit dll. Bioseed mempunyai lactobacillus yang boleh membiak dalam usus dan mengawal perkembangan kuman baik dalam usus. Plantago ovata pula dapat melawaskan di samping mencuci usus sementara ulmus fulva mengikat toksik. Anda disyorkan makan makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi. Sementara makanan pedas berempah, masam dan berangin perlulah dielakkan. * Disyorkan - Bioseed 1 paket 2 kali sehari. o Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari. o Krim urut eMas boleh diurutkan ke perut. Keputihan Keputihan wanita sering disebabkan oleh infeksi terutamanya jika ianya berwarna kuning atau kehijauan dan berbau busuk (hanyir). Sementara keputihan yang ketara seperti cheese curds yang terasa gatal disebabkan oleh jangkitan fungus (Candida). Kes sebegini memerlukan rawatan doktor (antifungal / antiparasitik). Walaubagaimanapun pada kes yang ringan, penggunaan gamat turut dapat meredakan keputihan dari dalaman. Ia turut meredakan masalah radang dan gatal pada bahagian sulit wanita. *Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari - Bioseed 1 paket 2 kali sehari - Buih mandian eMas digunakan untuk cucian wanita. - Krim eMas disapukan di bahagian luar alat sulit wanita. Kencing Kotor Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing. Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan. Keadaan kencing berdarah spt pesakit batu karang buah pinggang juga mudah mendapat jangkitan pada saluran dan pundi kencing. Tandanya ialah kencing yang tak lawas, kencing pedih dan panas, kencing berdarah, sakit di ari-ari dan perasaan loya. Jika ia menjadi semakin serius, maka sakit akan mula naik ke bahagian pinggang dan demam pada sekitar suhu 38.5 Celcius. Keadaan ini di panggil ascending pyelonephritis dan memerlukan rawatan antibiotik secara parenteral (intravenous) dengan segera untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Bagi yang baru mendapat simtom kencing kotor, dinasihatkan berjumpa doktor untuk memeriksa kencing dan mendapatkan rawatan(antibiotik). Minum air secukupnya iaitu 8 gelas sehari dan jangan tahan kencing. Gamat boleh membantu melegakan masalah kencing kotor pada peringkat awalnya. Lebih berkesan jika di gabungkan dengan rawatan antibiotik. Ia melawan radang dan membaik pulih saluran kencing yang cedera. Ia juga mempunyai kesan antinosiseptif yang mengurangkan kesakitan. Bioseed pula membantu mengeluarkan toksin dan membantu penyembuhan. *Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. - Bioseed 1 paket 2 kali sehari.(jangan lupa minum air secukupnya.) Kencing Manis Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat menimbulkan pelbagai jenis komplikasi spt kebas kaki dan tangan, luka yang sukar sembuh, immuniti badan yang rendah, sakit buah pinggang kronik, sakit jantung, mati pucuk, stroke, buta dll. Faktor umur, kekeluargaan dan pemakanan memainkan peranan penting. Tanda-tanda awal seseorang menghidapi kencing manis ialah kerap dahaga, kerap kencing, menjadi kurus, sentiasa letih, gatal-gatal badan dan sering terjadi bisul. Anda perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor. Penjagaan makanan seperti benda yang manis, karbohidrat yang berlebihan perlu dielakkan sementara serat dari sayuran dan oats perlu ditambah. Gamat ditunjukkan memberi kesan positif kepada pesakit kencing manis. Kepada mereka yang serasi, keberkesanan gamat cukup menyerlah. Ia dapat melebarkan salur darah yang tersumbat dan membaik pulih masalah dalaman. Luka mudah sembuh jika dijaga dengan teliti. Perlu diingatkan di sini, ubat doktor janganlah ditinggalkan. Jika anda mencuba produk kami, dapatkan rawatan ulangan dengan doktor anda dengan lebih kerap. Sekiranya paras gula anda menurun, doktor anda akan sendirinya menurunkan dosis ubat kencing manis anda. Dan jangan lupa untuk bersenam. * Disyorkan - Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari o Gel eMas disapukan ke luka 3 kali sehari o Jika perlu sesekali semburkan dgn minyak linimen. o Buih mandian boleh dibuat sebagai pencuci luka. Kulit Kering / Bersisik Masalah kulit di atas boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan zat, kulit yang sensitif spt seborrheic dermatitis, masalah dalaman spt psoriasis, masalah sementara spt sunburn dll. Kulit yang kering juga mudah dijangkiti kulat (kurap). Gamat memang berkesan bagi penjagaan kulit yang sihat dan cantik. Kandugan zat nutriens spt vitamin E semulajadi, kollagen digabungkan dengan formulasi saintifik yang melembabkan kulit dapat meredakan masalah kulit kering. Kesan antihistamina mengurangkan kesan gatal dan alahan. Ekstrak gamat mengandungi cell growth factor yang membantu menumbuhkan sel kulit yang sihat dengan cepat. *Disyorkan - Krim eMas disapukan 3 kali sehari. - Losyen badan eMas di lumurkan keseluruhan badan. - Buih mandian eMas bagi mandian harian. - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. - Seelok-eloknya digunakan Bioseed 1 paket 2 kali sehari sekurang-kurangnya buat 1 bulan permulaan untuk tujuan pembersihan badan dari toksik yang meracuni Kurap / Panau Penyakit kurap dan panau ini berpunca dari jangkitan kulat. Gamat mempunyai kesan anti-fungus yang boleh membunuh kulat tersebut. Di samping itu ia membantu mengurangkan gatal dan radang kulit. * Disyorkan - Krim eMas disapukan 3 kali sehari.(gel eMas boleh juga digunakan) o Buih mandian eMas digunakan buat mandian seluruh badan. o Pati Gamat Plus / bervitamin boleh diamalkan untuk pemakanan kesihatan ke arah kulit yang lebih cantik. Kesuburan / Mandul Infertiliti biasanya didefinisikan sebagai kesukaran untuk mendapat zuriat setelah tempoh setahun perhubungan seks tanpa perlindungan dilakukan. Faktor kemandulan meliputi pelbagai faktor. Antaranya masalah perempuan (bentuk rahim yang tidak sempurna, jangkitan pada sistem peranakkan, antibodi terhadap sperma, kesan dari endometriosis dll.) dan masalah lelaki (sperma yang tidak sihat, autoimmuniti dan autoagglutinasi sperma, infeksi dll). Bagi pasangan yang serasi, penggunaan gamat dapat meningkatkan kesuburan. Hipotesis gamat mengandungi cell growth factor dan melancarkan pengaliran darah dapat menyuburkan lapisan dalam rahim dan meningkatkan kesihatan sperma berkemungkinan membantu pasangan yang mandul. *Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. - Bioseed sekurang-kurangnya 1 paket sehari. Ketumbuhan / Kanser Ketumbuhan atau tumor dikatakan sebagai kanser jika ianya memberi kesan buruk kepada badan. Kanser terbahagi kepada pelbagai jenis spt kanser kulit (melanoma), darah (leukemia), kelenjar (lymphoma), buah dada, paru-paru, usus, rahim, tulang dll. Tahap seriusnya sesuatu kanser itu bergantung kepada penyebaran (metastasis) ke organ lain di dalam badan. Jika pada peringkat kanser sudah merebak, kebiasaannya rawatan radio atau chemoterapi adalah diperlukan. Kanser adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut, oleh itu pemeriksaan dan rawatan doktor janganlah diabaikan. Lebih awal mendapat rawatan, lebih cerah peluang untuk sembuh. Gamat mempunyai kesan lawan radang yang boleh menyurutkan bengkak. Kajian awal dari UKM menunjukkan sel-sel kanser (spt kanser payudara dan usus) yang dibawa keluar dari badan dapat dimusnahkan dengan menggunakan ekstrak gamat. Kajian in vitro ini tidak lah dapat disamakan dengan kajian in vivo atau dalam badan. Di samping itu produk gamat eMas dapat membantu dari segi kualiti kehidupan seseorang pesakit kanser. Ia membantu memberi tenaga, mengurangkan sakit dan menambahkan selera. Setelah pembedahan atau rawatan radio/chemoterapi misalnya, gamat sesuai diamalkan. * Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari. o Gel eMas boleh disapu kepada sebarang luka atau parut pembedahan. Lemah & Letih Keadaan letih atau tiada tenaga boleh disebabkan oleh faktor usia, kencing manis, demam, gastrik/kembong, depressi/tekanan perasaan, kurang darah, masalah thyroid dll. Anda digalakkan menjalani pemeriksaan doktor jika perasaan letih ini berpanjangan. Gamat diketahui boleh meningkatkan metabolisme maka boleh menghasilkan tenaga untuk mengatasi masalah letih tadi. Ini sangat berkesan terutamanya kepada golongan yang berumur dan pesakit yang baru pulih dari penyakit yang serius. Gamat juga dikatakan boleh meningkatkan libido dan tenaga batin. Vitamin dan zat galian dalam produk gamat kami juga boleh membantu mereka yang kekurangan darah contohnya. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. Mati Pucuk Masalah sukar untuk mencapai atau mengekalkan ereksi dipanggil mati pucuk. Ianya boleh disebabkan oleh stress, penuaan dan oleh penyakit spt kencing manis, darah tinggi, salurdarah tersumbat dll. Anda digalakkan untuk sentiasa bersenam untuk melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan dan amalkan kehidupan yang tenang. Gamat membantu dari kesan vasodilatasinya iaitu mengembangkan salurdarah dan melancarkan pengaliran darah. Di samping itu ia meningkatkan metabolisme dan memberi tenaga lebihan yang diperlukan. Gamat ada juga kesan penenang untuk membantu mereka yang stress. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 kali sehari untuk mengekalkan kesihatan o Gel eMas boleh membantu mengelakkan ejakulasi prematuur(disapu pada bahagian sulit) Migraine / Sakit Kepala Migraine merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab. Trigger factor (faktor penyebab) migraine berkemungkinan faktor hormon seperti ketika datang haid, mengamalkan pil perancang, faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dll., Faktor pemakanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa/perasa/pengawet/pewarna tiruan(ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala) dll. Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan dielakkan. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas. Gamat dapat mengurangkan sakit, melancarkan pengaliran darah di otak dan bagi kes yang serasi dapat menghindari migraine dan adakalanya menyembuhkannya. *Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. - Bioseed 1 paket 2 kali sehari - Krim urut eMas di sapu perlahan pada pangkal leher atau sudut kepala. Mulut (Ulser) Ulser mulut selalunya disebabkan oleh virus bernama Herpes simplex type 2. Ia akan menyerang apabila keadaan immuniti seseorang itu rendah spt ketika sakit demam selsema, kencing manis, ketika datang haid, stress dll. Ulser mulut juga boleh disebabkan oleh trauma spt tergigit, kecederaan dll. Secara am, applikasi gamat kepada ulser tadi akan meredakan sakit dengan cepat. Di samping itu ia akan mengurangkan radang dan menyurutkan bengkak. Gamat dan gabungan vitamin antioksidans juga dapat membantu meningkatkan daya tahan seseorang. Kesan membaikpulih luka dengan cepat turut membantu. * Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Gel eMas disapu pada ulser tersebut setiap 2 jam(ianya tidak pedas dan mudah digunakan pada kanak-kanak.) Pening Pening atau pusing boleh disebabkan oleh jangkitan virus, pengaliran darah ke otak yang tersumbat, tindakbalas ubatan, kekurangan gula dalam darah, kurang darah (anaemia), tekanan darah rendah (hipotensi) dll. Jika ianya serius dan disertai muntah ia dinamakan vertigo. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor. Gamat dapat membantu dalam segelintir kes pening. Ia melancarkan pengaliran darah di otak dan mengurangkan radang di labyrith dan pusat kawalan keseimbangan badan di otak. * Disyorkan - Pati Gamat Plus/bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Krim urut eMas disapu di bahagian pangkal leher dan kepala. Pinggang (Sakit) Sakit pinggang sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Kadangkala ia disebabkan oleh postur badan yang tidak betul dan mengangkat berat sambil berbongkok. Sakit ini akan terasa lengoh di bahagian pinggang dan sakitnya terbawa ke arah pinggul dan kaki. Kebiasaannya rehat(tidur) dalam keadaan lurus atas katil yang selesa dan mengelakkan dari mengangkat berat dan postur yang betul dapat membaiki keadaan. Gamat membantu melegakan radang sendi di samping mengurangkan sakit. * Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari o Bioseed 1 paket sekali sehari o Krim urut eMas digunakan untuk urutan belakang. o Linimen eMas turut boleh digunakan untuk disembur di bahagian yang sakit. Parut Parut wujud setelah berlaku kecederaan pada dermis kulit dan merangsang proses fibrosis dan menjadikan ia parut. Gamat mengandungi kollagen yang tinggi di samping formulasi yang mengandungi vitamin E dan pelembab cukup sesuai untuk melembutkan dan mengurangkan parut. * Disyorkan - Krim eMas disapu 3 kali sehari pada kesan parut tersebut. o Buih mandian dan losyen badan turut boleh digunakan untuk penjagaan kulit yang cantik dan sihat. o Pati Gamat Plus/bervitamin membekalkan pemakanan kesihatan yang sesuai untuk pertumbuhan kulit yang lembut dan anjal. Resdung Resdung (resah hidung) atau allergic rhinitis merupakan salah satu tindakbalas alahan badan. Ia selalunya disebabkan oleh faktor allergen(penyebab alahan) atau keadaan persekitaran. Perubahan suhu, makanan laut, debu, asap dan bauan boleh menyebabkan resdung. Faktor tadi perlulah dikenal pasti dan sebaik-baiknya dielakkan. Jika keadaan semakin serius, hingus akan tersumbat ke dalam ruang sinus maka terjadilah sinusitis. Ini dikenali dengan hingus yang kotor(hijau/kuning), nafas yang berbau, tekak yang selalu sakit dan sakit kepala tertumpu di sekitar hidung dan dahi. Sinusitis memerlukan rawatan doktor seperti antibiotik dan kadangkala pembedahan. Gamat mempunyai kesan antihistamina yang dapat mengawal tindakbalas alahan. Ia membantu memulihkan resdung secara semulajadi. Ia juga boleh mengelakkan dari ruang sinus menjadi tersumbat. * Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari o Bioseed 1 paket 2 kali sehari. Ruam Terdapat pelbagai jenis ruam kulit. Antaranya disebabkan oleh panas, infeksi (campak,virus dll), alahan (eczema, dermatitis) dll. Bagi penyakit alahan faktor allergen perlulah dielakkan spt bahan kimia (sabun, pengawet makanan dll), bahan irritasi (barang kemas saduran), persekitaran (asap, habuk, suhu) dan pemakanan (selalunya protein dari makanan laut, bahan pewarna, perasa dll). Badan menghasilkan histamina yang dirembeskan oleh immunoglobulin IgE di dalam darah apabila teransang oleh faktor alahan (allergen) tadi. Ubat moden spt krim kadangkala mengandungi steroid dan boleh menyebabkan kesan sampingan spt penipisan kulit di samping meninggalkan parut putih dan kesan am jika kuantiti yang digunakan terlalu banyak (darah tinggi, kencing manis, mandul, osteoporosis, ulser perut, ketidakseimbangan elektrolit dll). Gamat bebas dari steroid dan adalah bahan semulajadi. Ia mengandungi kollagen dan vitamin E semulajadi yang perlu untuk kulit yang cantik. Di samping itu ia berkesan melawan alahan disebabkan oleh khasiat anti histamina dan anti inflammasinya yang juga berupaya melawan gatal-gatal. Gamat juga mempunyai kesan anti fungus yang dapat mengubati kurap dan panau. * Disyorkan - Krim gamat eMas disapu 3 kali sehari o Gel eMas juga boleh digunakan bagi tempat yang lembab o Buih mandian eMas cukup berkesan jika dijadikan mandian. o Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu 2 kali sehari untuk rawatan dalaman. o Bioseed boleh diambil untuk kesihatan usus,badan dalaman dan membuang toksik. Sembelit Sembelit merupakan keluhan ramai pesakit terutamanya dari golongan wanita dan berumur. Ia boleh menimbulkan pelbagai komplikasi atau masalah seperti buasir, divertikulitis, meningkatkan risiko kanser usus, kembung perut dll. Ia boleh disebabkan oleh kekurangan air, kurang serat, tindakbalas ubat/bahan kimia (ubat diet Panbesy/Duromine, codeine, atropine) , sikap membuang air yang tidak betul, mengandung, kanser usus, hypothyroidism, hypercalcemia, selepas pembedahan bius dll. Gamat boleh melawaskan di samping membantu merawat luka dalaman seperti buasir. Bioseed pula mengandungi Plantago Ovata, sejenis biji benih yang mengembang 20 kali jika terkena air. Ia nya dapat mencuci usus dengan berkesan di samping melawaskan najis. Anda dinasihatkan agar meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan lebihkan serat spt sayuran di dalam pemakanan anda. Titikberatkan waktu yang tetap untuk membuang air besar, spt setiap pagi selepas sarapan pagi contohnya. Jangan lupa untuk melakukan senaman yang menggerakkan otot perut spt 'sit up'. * Disyorkan - Bioseed 1 paket 2 kali sehari. o Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari Senggugut Senggugut atau dysmenorhoea merupakan sakit yang muncul ketika haid seorang wanita. Senggugut primari disebabkan oleh pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan pengecutan rahim yang kuat. Kebiasaanya berlaku pada usia muda sebelum kahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua haid. Sementara senggugut sekondari disebabkan oleh endometriosis (wujudnya sel endometrium di luar rahim dan berlaku pendarahan di dalam perut) atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid. Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan. Gamat berkesan menahan sakit dan radang ketika senggugut. Ia turut memainkan peranan dengan mengurangkan pengeluaran prostaglandin tadi. * Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari (optional) Sendi / Tulang / Urat Sakit otot, urat dan sendi kerap berlaku ketika usia meningkat disebabkan oleh proses degenerasi(penuaan). Osteoathritis merupakan bengkak sendi yang bersabit dengan abrasi pada permukaan sendi tulang yang menyebabkan geseran yang menyakitkan. Kekurangan pelincir di antara sendi turut memainkan peranan. Sakit urat juga boleh disebabkan proses inflammasi di mana urat tersebut telah terlebih guna menyebabkan ia dalam keadaan radang. Gamat berupaya mengurangkan sakit dan melegakan radang. Ia berupaya melawan kesan inflammasi oleh prostaglandin dan leucotrine yang menyebabkannya. Gamat juga mengandungi mucopolysakarida dan kondroitin yang mampu menambah kesan pelinciran pada sendi. * Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Bioseed 1 paket 2 kali sehari. o Krim urut eMas diurut pada bahagian otot yang sakit o Linimen eMas disembur pada sendi dan otot yang sakit/bengkak. Selera Ekstrak gamat dapat membantu mereka yang benar-benar tiada selera terutamanya yang baru sembuh dari penyakit atau pembedahan, yang sedang dalam rawatan seperti radioterapi atau kemoterapi, golongan berusia. Ia turut meningkatkan proses oxydative phosphorilation yang membangkitkan selera dan meningkatkan metabolisma badan *Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari - Bioseed sekurang-kurangnya 1 paket sehari Sellulit Sellulit (cellulite) merupakan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian bontot dan peha. Ia disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kollagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut membuatkan pengaliran darah menjadi kurang effisien. Seseorang itu tidak perlu gemuk untuk mendapat sellulit tetapi kerap dikaitkan dengan masalah kekurangan air, tiada senaman, sembelit, stress, keadaan tercemar, keletihan, pemakanan yang tidak betul dan kandungan estrogen yang tinggi Oleh itu untuk mengelakkan sellulit, perlukan pembersihan sistem badan dan bukannya menguruskan badan. Bioseed berupaya membuang toksin dan mengatasi masalah sembelit. Sementara gamat membaikpulih masalah dalaman dan luaran. Ia mengandungi nutriens yang perlu untuk menumbuhkan tisu yang sihat. Kesan vasodilatasi dapat melancarkan semula pengaliran darah yang tersekat di bahagian sellulit tadi *Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari - Bioseed 1 paket 2 kali sehari - Krim urut ataupun krim eMas digosokkan pada bahagian sellulit Selsema Gamat mempunyai kesan anti histamina dan lawan radang yang dapat meredakan selsema dan gatal hidung. * Disyorkan - Pati Gamat Plus 1 sudu besar 2 kali sehari. o Krim urut eMas disapu pada bahagian hidung dan dada. Tekak Sakit tekak kadangkala tidak disebabkan oleh jangkitan. Ini dapat dikenali dengan ketiadaan demam. Kerap tekak mengalami masalah hipersensitiviti atau inflammasi yang dapat menyebabkan ianya sakit dan bengkak. Gamat membantu meredakan sakit ini dengan mengurangkan masalah radang, alahan dan kesakitan *Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari - Bioseed sekurang kurangnya 1 paket sehari Telinga Bernanah Masalah telinga bernanah sering berlaku pada kanak-kanak yang menghidapi selsema. Ini adalah kerana liang yang menghubungkan hidung dan telinga (Eustachius tube) adalah pendek dan memudahkan pergerakan hingus (bersama-sama kuman) bergerak ke telinga memandangkan hidung tersumbat. Ia akan menjangkiti telinga dalam dan mengeluarkan nanah yang akan membocorkan gegendang telinga. Jika kebocoran itu kecil, maka ia akan tertutup sendirinya apabila jangkitan tersebut sembuh. Tetapi jika kebocoran itu besar maka lubang itu akan kekal dan menyebabkan masalah pendengaran. Rawatan moden menggabungkan penggunaan antihistamina spt Actifed dan antibiotik spt Bactrim sering dapat melegakan masalah telinga bernanah. Sementara lubang pada gegendang perlu dijalan pembedahan menampal dengan menggunakan kulit luaran Gamat membantu dengan kesan antihistaminanya yang mengelakkan dari Eustachius tube tadi menjadi tersumbat. Sementara kesan lawan radangnya dapat melegakan inflammasi telinga dalam. Kesan cell growth factor pula membantu membaik pulih gegendang telinga yang bocor. *Disyorkan - Pati Gamat Plus bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari - Bioseed (optional) 1 paket 2 kali sehari Tumit Tumit pecah sering terjadi kepada mereka yang selalu berdiri di atas permukaan yang keras dan sejuk. Kulit tumit yang kering, retak dan pecah akan beransur pulih jika di sapukan pelembab yang sesuai. Produk gamat eMas diformulasikan dengan pelembab yang effektif, vitamin E dan ekstrak gamat yang dapat memulihkan kecederaan kulit dengan segera. *Disyorkan - Losyen eMas disapukan kerap pada bahagian tumit - Krim eMas juga boleh digunakan terutama pada kes yang lebih serius. Sakit tumit atau plantar fasciitis pula merupakan sakit pada pangkal tumit. Ini sebenarnya disebabkan oleh radang pada tendon (urat) yang menyambungkan bahagian tulang tumit dan tulang jari kaki. Pesakit disarankan untuk berjalan dengan menjejak keseluruhan tapak kaki dan mengelakkan dari jalan berjengkit. Pesakit juga perlu merehatkan kaki dan mengelakkan dari berdiri terlalu lama. Disyorkan - Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. - Krim urut eMas digosok pada bahagian tumit - Minyak linimen eMas juga boleh di semburkan di bahagian tumit Thyroid Goiter atau beguk leher disebabkan oleh kekurangan zat iodin. Punca yang lain antaranya dikaitkan dengan jangkitan virus, penyakit autoimmuun (Hashimoto thyroiditis, Graves-Basedow), genetik, kanser dll. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu hyperthyroidism (hormon thyroxine berlebihan) yang mempunyai simtom hyperaktif, kurus walaupun selera yang bagus, sentiasa panas/berpeluh, gatal, berdebar , menggeletar, sering buang air besar dan kitaran haid yang jarang. Sementara hypothyroidism (hormon thyroxine berkurangan) mempunyai tanda sebaliknya iaitu gemuk dan kurang aktif, depressi, sembelit, sentiasa kesejukkan, suara parau dan kitaran haid yang kerap. Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor dengan sempurna. Gamat mempunyai khasiat anti inflammasi yang dapat meredakan bengkak dan kesan anti noniseptif yang boleh mengurangkan sakit. Gamat juga mempunyai kesan penenang yang dapat mengurangkan gementar dan tremor pesakit thyroid. Khasiat zat galiannya mengandungi iodin boleh mengimbangi kekurangan mineral tersebut. Sementara Bioseed membantu mengikat toksik di dalam usus di samping membersihkan sistem penghadaman yang mungkin merupakan punca kepada kebanyakkan penyakit dewasa ini. * Disyorkan - Bioseed 1 paket 2 kali sehari. o Pati Gamat Plus / bervitamin 1 sudu besar 2 kali sehari. o Gel eMas boleh disapu di bahagian beguk. PERSOALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN : S: Bolehkah saya menghentikan ubat hospital/klinik apabila saya menggunakan produk gamat eMas? Jangan menghentikan pengambilan ubat-ubatan terutamanya bagi penyakit-penyakit serius seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dll. Produk gamat eMas boleh diambil bersekali dengan ubat tersebut. Contohnya jika anda seorang pengidap penyakit darah tinggi, kerapkan lawatan ulangan anda supaya tekanan darah anda akan diperiksa selalu. Jika tekanan darah anda sudahpun menurun, maka biarkan doktor yang merawat anda membuat keputusan samada untuk merendahkan dos ubat atau menghentikan pengambilan ubat anda tersebut. Penyakit yang ringan seperti resdung, sakit sendi, alahan, senggugut, migraine dll, bergantung lah kepada keperluan, maka anda boleh mengentikan pengambilan ubat tersebut. S: Bolehkah produk gamat eMas digunakan sekali dengan ubat-ubatan moden? Boleh. Produk gamat eMas ialah produk semulajadi dan selalunya tidak mendatangkan masalah jika diambil bersama dengan ubatan moden. Jika masih ragu, boleh dijarakkan pengambilannya selama setengah jam. S: Gamat ialah haiwan laut. Bolehkah ia menimbulkan kesan allergi atau alahan? Allergi atau alahan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa kita mengetahuinya terlebih dahulu. Ini bukan sahaja berlaku kepada produk gamat, malah kepada sebarang bahan yang dimakan. Tetapi gamat mempunyai kesan antihistamina yang dapat melawan alahan. Oleh itu jika terdapat kesan alahan setelah menggunakan produk gamat seperti ruam kulit, seeloknya dos dikurangkan separuh tetapi diteruskan. Selepas beberapa hari anda akan lihat kesan alahan tersebut akan beransur hilang disebabkan kesan anti alahan oleh gamat sendiri. S: Gamat dikatakan boleh menurunkan tekanan darah. Bolehkah mereka yang mempunyai tekanan darah rendah mengamalkannya? Tekanan darah rendah adalah subjektif maksudnya bergantung kepada individu. Bagi mereka yang mempunyai tekanan yang sangat rendah seperti 70/40, maka tidak digalakkan menggunakan produk gamat. Tetapi bagi wanita muda yang mempunyai tekanan darah 90/60, ini merupakan tekanan yang normal bagi mereka. Sememangnya tiada masalah untuk menggunakan produk gamat. Boleh juga dikesan dari simptom iaitu mereka yang merasakan pening atau hendak pitam setelah menggunakan produk gamat, dinasihatkan rendahkanlah dos. Jika masih berlaku, berhenti seketika (2 atau 3 hari). Kemudian cuba teruskan pada dos yang rendah. Jika masih berlaku, maka dinasihatkan untuk memeriksa tekanan darah dengan doktor. Jika rendah, berhenti dari memakan produk gamat. Tapi jika normal, ini mungkin kesan tindakbalas dan anda boleh meneruskan pengambilan produk gamat pada dos yang rendah sehingga anda berasa selesa. Barulah kemudiannya menggunakan pada dos seperti biasa. S: Bolehkan wanita mengandung mengambil produk gamat eMas? Dari perspektif perubatan, penggunaan sebarang ubat-ubatan adalah tidak digalakkan ketika mengandung. Tetapi ubat yang diketahui selamat seperti Paracetamol, Piriton dll (berdasarkan pengalaman penggunaan ubat tersebut yang tidak mendatang kesan kepada proses pengandungan) adalah dibenarkan. Produk gamat eMas merupakan produk semulajadi dan berdasarkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut ketika mengandung, ianya tidak mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada kandungan. Walaubagaimanapun digalakkan penggunaan produk hanya selepas 4 bulan mengandung. Ini untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul jika berlaku sesuatu kepada janin maka dikhuatiri produk gamat eMas akan di salahkan. Sebenarnya banyak perkara lain yang mempengaruhi kesihatan janin seperti pemakanan si ibu (kopi, nescafe, ubatan kimia dll), merokok, minuman keras, jangkitan, stress, faktor genetik dan mutasi dll. Aspek ini perlulah diambil kira bagi kes komplikasi pada janin ketika mengandung. Oleh itu gunakan produk gamat eMas pada penghujung tempoh mengandung (7 atau 8 bulan) ataupun paling selamat selepas bersalin. S: Adakah produk gamat eMas memberi sebarang kesan sampingan? Produk gamat eMas adalah produk semulajadi yang mempunyai piawaian kualiti dan keselamatan oleh SIRIM. Kesan sampingan yang utama yang mungkin timbul ialah dari sudut kesan alahan dan kesan vasodilatasi(menurunkan tekanan darah). Ini telah diterangkan pada soalan terdahulu. Kadangkala mungkin juga berlaku kesan tindakbalas. Ini tidak boleh disamakan dengan kesan sampingan kerana ia lebih merupakan krisis pemulihan. Antara yang biasa didengar ialah letih, sakit sendi, pening dll. Jika berlaku kesan tindakbalas tersebut, jangan mudah panik. Kesan tindakbalas selalunya akan berhenti selepas beberapa hari. Dinasihatkan meneruskan pengambilan (samada dikurangkan dosnya seketika) dan insyaAllah setelah beberapa hari, kesan tersebut akan berkurangan. Janganlah terus berhenti. S: Berapa lamakah selalunya kesan keberkesanan produk gamat eMas itu boleh dijangka? Kesan produk gamat eMas selalunya sebaik selepas atau beberapa hari selepas menggunakannya. Walaubagaimanapun ini juga berlainan dari individu ke individu. Contohnya seperti penyakit hipertensi. Darah tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai punca atau etiologi. Jika sebabnya kerana salurdarah yang tersumbat, maka penggunaan produk gamat eMas cukup mujarab. Jika disebabkan oleh keadaan yang lain, ini bergantung keserasian individu tersebut. Secara am dinasihatkan menggunakan produk sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum membuat sebarang kesimpulan terhadap keberkesanan produk tersebut. Ini disebabkan, kalau dilihat dari segi terjadinya sesuatu penyakit itu mengambil masa kemungkinan puluhan tahun, maka untuk meredakannya juga mengambil masa. Bersabarlah dan berikhtiarlah, jika diizinkan Tuhan, anda tetap akan merasakan perubahannya. S: Apakah produk gamat eMas ini perlu diambil secara berterusan.? Produk gamat eMas merupakan produk pemakanan kesihatan. Ia diformulasikan untuk memainkan peranan mencegah dan merawat. Perlu atau tidak perlu itu bergantung kepada tahap mana anda menilaikan kesihatan anda. Jika anda seorang yang prihatin tentang kesihatan, teruskan pengamalan produk gamat eMas ini agar kesihatan anda lebih terjamin. S: Apakah perbezaan produk gamat eMas dan produk gamat yang membanjiri pasaran buat masa ini? Sebagai sebuah syarikat yang profesional, syarikat Gamat Emas Sdn Bhd cuba menengahkan motto "keunggulan tanpa keraguan". Oleh itu kami memastikan keberkesanan produk dengan menggunakan bahan mentah (estrak gamat) dari sumber tulin spesis Sticophus variegatus yang disahkan oleh UKM agar hasil produknya lebih menyerlah. Usahasama bersama UKM dan rundingnasihat oleh konsultan GESB iaitu Prof Madya Dr Ridzwan Hashim bersama lebih dari 20 orang penyelidik yang khusus dalam bidang gamat ini menentukan produk ini sentiasa disokong oleh R & D secara berterusan. Penghasilan produk akan ditingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa berdasarkan penyelidikan yang dijalankan. Sementara piawaian kualiti dan rumusan formulasi dari SIRIM BHD pula menjaminkan suatu keyakinan terhadap produk yang dihasilkan bagi menfaat pengguna sekelian. S: Bolehkah produk gamat eMas ini diambil secara berterusan? Memandangkan produk gamat eMas ini merupakan produk semulajadi yang berteraskan pemakanan kesihatan, maka anda digalakkan berbuat sedemikian. S: Apakah perbezaan antara Pati Gamat Plus biasa dan bervitamin? 1. Rasanya berbeza 2. Kelikatannya berbeza. PGPV disyorkan kepada mereka yang geli tekak untuk menelan jeli. Sesuai untuk kanak-kanak 3. Isipadunya berbeza 4. PGPV mengandungi fruktose (manis). Oleh itu untuk pesakit kencing manis adalah lebih disyorkan menggunakan PGP untuk mengelakkan was-was 5. PGPV mengandungi vitamin C (asid askorbik) yang sedikit asidik (masam) oleh itu kurang sesuai dimakan pada perut kosong untuk pesakit gastritis 6. PGPV mengandungi beta carotene yang bertindak sebagai anti-oksidans yang kuat untuk mengelakkan - kanser - penyakit kardiovaskular - proses penuaan dan degenerasi. S: Apakah penerangan yang perlu diberi untuk mengesyorkan produk BIOSEED? 1. BIOSEED merupakan pemakanan yang seimbang yang sesuai dijadikan amalan untuk menjaga kesihatan pada kadar 1 paket sehari sebelum makan pagi 2. Ia tidak menyebabkan cirit birit seperti julap, cuma rasa lawas 3. Untuk menjaga kesihatan, perlulah menjaga kesihatan usus. Oleh itu perlulah mempunyai sistem penghadaman yang sihat dan bersih jika ingin mengamalkan pemakanan kesihatan yang lain 4. Harganya amat kompetitif dan adalah antara yang terendah di pasaran. 5. Kesihatan tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit 6. Pencegahan adalah lebih menjimatkan dan lebih selamat dari merawat. 7. Untuk proses pencucian usus yang sempurna, perlulah digunakan menurut yang disyorkan selama sekurang-kurangnya 3 bulan 8. Boleh digunakan bersama-sama dengan ubat hospital. Boleh dijarakkan selama 1 jam pada yang masih sangsi 9. Untuk tujuan menguruskan badan, perlulah diamalkan bersama senaman yang teratur dan penjagaan pemakanan yang tinggi dengan serat 10. Cara penggunaannya pula adalah seperti berikut *1. Bancuh dengan air suku gelas (suhu bilik) dan minum segera sebelum makan *2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari *3. Amalkan 1 paket 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 1 bulan Apakah kesannya jika saya memberhentikan penggunaan produk gamat eMasProduk Gamat eMas merupakan produk kesihatan semulajadi. Ia tidak menyebabkan ketagihan. Oleh itu menghentikan pengambilan produk tersebut tidak akan menimbulkan kesan yang mudarat. Walaubagaimanapun bagi penyakit-penyakit tertentu, kadangkala tempoh mengamalkan produk eMas untuk membantu merawat penyakit bergantung kepada keserasian individu dan kesan memberhentikan penggunaan produk gamat eMas perlulah diteliti mengikut kes-kes yang berasingan. "MANUAL PENYAKIT DAN RAWATAN" BERASASKAN GAMAT

 

[HOME] [Pengenalan] [Produk] [Penyakit] [Komuniti] [Stokis]

 

© 2001 All Rights Reserved
Design & Graphics by DiNDotCom